Warga Lombok Terancam Hukuman Gantung Di Malaysia

KOTA TINGGI Malaysia  -JOURNAL NTB : Seorang lelaki Lombok Dincam hukuman gantung sampai mati setelah dihadapkan di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan Kasus pemembunuh Warga setempat pada 4 November lalu.

Tertuduh Zainul Watoni, 31 mengangguk faham ketika kasus dibaca di hadapan Majlis hakim Mazana Sinin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut Kasus, kira-kira jam 7.15 malam hingga jam 10 malam, di simpang masuk Kampung Perpat, Mukim Sedili di sini, tertuduh dengan niat telah melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian  Salah Satu Warga atas nama Rizal Muhamad, 37.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Selain itu , Zainul turut menghadapi tuduhan kedua tidak memiliki Identitas apa-apa pas/ Pasport  yang sah dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Mazana kemudian menetapkan 24 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis Kota Tinggi berjaya menahan dua suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki Melayu di Ladang Kambau, Kuala Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, hasil siasatan telah berjaya menahan suspek seorang lelaki warga Indonesia dan seorang perempuan anggaran lingkungan umur pertengahan 30-an merupakan pasangan kekasih.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mati akibat kecederaan tikaman di tubuh badan, turut dirampas sebilah pisau dan sebatang kayu.

Mayat mangsa ditemukan dalam lubang tadahan air dengan kesan tikaman di seluruh tubuh di Ladang Kambau, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata mayat mangsa ditemui seorang kakitangan ladang berkenaan dalam keadaan telentang dalam lubang tadahan air itu yang terletak di tepi ladang tersebut pada 10.30 malam.

0 komentar:

Posting Komentar